fb fb fb fb fb

Sabah FC terus unggul, tundukkan KL Rovers 7-0

Datuk Ong Kim Swee

KOTA KINABALU, 15 Jun- Sabah FC tidak berdepan masalah untuk melepasi halangan pertama Piala FA musim ini apabila mudah menjinakkan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) 7-0 di Stadium Likas malam ini.

Gol pertama Sabah FC datang pada minit ke-17 apabila sepakan percuma yang diambil Saddil Ramdani berjaya membolos gawang KL Rovers.

10 minit kemudian, penyerang import Sabah FC, Ramon Machado berjaya menjaringkan gol kedua buat Sabah FC.

Bagaimanapun Ramon sekali lagi menjaringkan gol keduanya pada minit ke-44 melalui hantaran Dominic Tan dan berjaya ditanduk menjadikan kedudukan 3-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula garang bagi pasukan Sabah FC apabila ketua pasukannya Park Tae Su menjaringkan gol ke-4 pada minit ke-51.

Ramon machado berjaya menyempurnakan Hattrick beliau menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke 58.

Sementara itu Sabah FC terus unggul dengan gol ke-6 pada minit ke-72 apabila Jafri Chew dengan mudah menolak masuk bola hantaran Park Tae Su ketika dia langsung tidak dikawal dalam kotak penalti lawan.

Gol kemenangan Sabah FC iaitu gol ke-7 datang pada minit-93 apabila hantaran Saddil Ramdani yang terkena pemain KL Rovers dan dijaringkan pemain KL Rovers iaitu Mohammad Raffi menjadikan kedudukan 7-0 sehingga tamat perlawanan.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berpendapat, 90 minit masa yang diberikan adalah saat penting untuk terus mengungguli perlawan.

"Jadi 90 minit ini penting untuk kesebelasan utama mendapatkan minit permainan dan kita berjaya mendapatkan jumlah gol yang agak baik.

"...dan saya harap mereka akan kekalkan momentum ini kerana kita ada banyak lagi perlawanan selepas ini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di sini.

Sementara itu, Ketua Jurulatihj KL Rovers Wan Mustaffa Wan Ismail, turut memuji pasukannya dalam aksi perlawanan yang ditampilkan.

"Saya memuji mereka tidak menyerah kalah dan apa yang membuat lega ialah, pasukan tetap menampilkan aksi yang cukup baik dan membalas serangan.

"Kita juga mengambil peluang dan kita create empat ke lima peluang. Jadi pada saya yang penting ialah kita perlu mengambil peluang dalam perlawanan. Malam ini kita belajar untuk mengubah peluang yang ada ketika bertemu dengan Sabah FC," katanya.

Menanti Sabah yang merangkul gelaran tunggal Piala FA pada 1995 di pusingan lapan terbaik ialah juara dua kali Terengganu FC.

1506 SABAH FC KL ROVERS 2Pemain JDT, Fernando Martin Forestieri (dua, kiri), diasak penjaga gol Kelantan Darul Naim FC Mohd Muhaimin Mohamad (tiga, kanan)

Sementara itu di Johor, juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) melaungkan amaran dalam misi mempertahankan gelaran selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-0 pada perlawanan pusingan pertama Piala FA 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim.

Kemenangan itu memastikan JDT meneruskan kemaraan dalam misi mempertahankan kejuaraan dalam saingan Piala FA.

Tirai jaringan hadir lewat separuh masa pertama, selepas Fernando Forestieri menyudahkan tandukan lambung Bergson Da Silva, menyaksikan tuan rumah mendahului pada minit ke-44. 

Bersambung babak kedua, Skuad Harimau Selatan menggandakan kedudukan selepas pemain gantian Romel Morales, menampan masuk bola muntah, selepas sepakan penalti Juan Muniz, ditepis penjaga gol pada minit ke-61.

Pemain Import JDT, Francisco Geraldes turut mencetak nama selaku penjaring apabila gerakan lincahnya mudah menewaskan benteng pertahanan Kelantan, sebelum menjaringkan gol, pada minit ke-81. 

Percaturan Bidoglio terus tampak berhasil apabila ayam tambatan, Ariff Aiman kemudiannya berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit tambahan ke-94, memastikan kemenangan bergaya JDT, 4-0. 

"Saya tidak mahu mengulas mengenai peratus (kemajuan), tetapi intensiti dan dinamik pasukan semakin baik setiap minggu. Meskipun cuaca panas tetapi pemain beraksi sehingga ke minit akhir. Kita berada dalam keadaan yang baik, dan akan bertambah baik disetiap perlawanan," katanya.

Bagi Pembantu Ketua Jurulatih Kelantan Darul Naim, Rezal Zambery Yahya berkata, ketumpulan jentera serangan menyebabkan pasukan gagal memanfaatkan peluang ketika gerakan serang balas. 

"Kita cuma mungkin berpuas hati dengan kesungguhan dan cara mereka bertahan. Apa yang tidak puas hati adalah cara serangan, banyak kehilangan bola terlalu cepat. Segalanya akan diperbaiki sebelum bertemu PDRM," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI