fb fb fb fb fb

RXZ 'air tangan' anak tempatan sertai pameran di Jepun

Mohamad Irwann Mohd Azlan akan mewakili Malaysia di Yokohama Hot Rod Custom Show ke-32 di Jepun Disember depan /Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 November - Motosikal binaan khas, hasil air tangan anak tempatan bakal dipertandingkan di Yokohama Hot Rod Custom Show ke-32 di Jepun bulan depan.

Mohamad Irwann Mohd Azlan, 33, berkata karya rekaan motosikal jenis RXZ Twin Boss V2 itu akan bertanding seiring kenderaan rekaan khas terbaik dunia.

Jelas Irwan yang mesra disapa Cheng ini merupakan kali kedua beliau menyertai pertandingan sedemikian.

Irwann mula membina motosikal bernilai RM70,000 itu sejak November tahun lalu dengan menggabungkan sepenuhnya dua enjin Yamaha RXZ 135cc menjadi enjin dua silinder tunggal.

"Kali ini memang bengkel, idea, motosikal dan modal sendiri untuk saya pergi (Jepun)..sebab itu saya rasa lebih berdebar.

"Reka bentuk memang berbeza daripada yang lama..yang lama lebih kepada radikal. Kali ini saya terapkan unsur-unsur rekaan yang lebih klasik.

"Motosikal pun berbeza..kali pertama guna Harley Davidson Softail tahun 1996 dan kali ini guna enjin Yamaha RXZ tahun 1996 yang diubah suai," katanya ketika ditemui.

Irwann berharap dapat mengharumkan nama negara dengan membawa pulang anugerah dalam pameran berkenaan.

Beliau akan berangkat ke Yokohama, Jepun pada hujung bulan ini.

Trainee