ALOR SETAR, 11 November- Kedah Darul Aman (KDA FC) memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan tentang penjualan 100 peratus saham KDA FC kepada pihak Mahsuri Medical Centre (MMC).
Keputusan itu dibuat hanya selepas lima hari KDA FC menghantar surat maklum balas kepada MMC untuk mengadakan perbincangan lanjut berkaitan penjualan saham tersebut.
"Pihak KDA FC telah menghantar surat kepada pihak Mahsuri Medical Centre pada hari ini 11 November 2024 untuk memaklumkan bahawa pihak KDA FC telah memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan tentang penjualan 100% saham KDA FC," kata kenyataan itu.
KDA FC dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada MMC pada hari ini untuk memaklumkan keputusan tersebut.
Pihak KDA FC mendoakan yang terbaik kepada MMC dalam pembangunan perniagaan di masa hadapan.