fb fb fb fb fb

Rune, Tiafoe mara ke pusingan keempat Terbuka Cincinnati

Bintang tenis Denamark, Holger Rune/Foto REUTERS

CINCINNATI, 12 Ogos – Pilihan ketujuh, Holger Rune, melangkah ke pusingan keempat Cincinnati Open selepas menewaskan wakil tuan rumah, Alex Michelsen, 7-6(4), 6-3 pada Isnin.

Pemain Denmark berusia 22 tahun itu ketinggalan 1-3 pada set pertama selepas servisnya dipatahkan, namun segera mematahkan servis lawan pada permainan berikutnya sebelum menguasai perlawanan tanpa berdepan sebarang break point lagi.

Naib juara tahun lalu, Frances Tiafoe, turut mara ke pusingan keempat selepas pemain Amerika itu menewaskan Ugo Humbert 6-4, 6-4.

Dalam aksi lain di kejohanan ATP 1000 itu, pemain Perancis, Benjamin Bonzi, mengejutkan finalis Grand Slam dua kali, Stefanos Tsitsipas, 6-7(4), 6-3, 6-4. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD