fb fb fb fb fb

RTG :Status Pandelela, Dhabitah diketahui hujung minggu depan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 Februari - Status penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam Program Road to Gold (RTG) akan diketahui minggu depan.

Pengerusi bersama Jawatankuasa RTG, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, keputusannya akan dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa RTG.

"Saya sudah mendapat makluman tentang mesyuarat berkenaan.

"Semua sedia maklum, saya turut mempengerusikan mesyuarat dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

"Kita akan dapatkan pandangan pihak RTG. Daripada situ kita akan menilai dan membuat keputusan secara kolektif, " Jelas Norza.

Tambahnya, mesyuarat itu turut akan menentukan status atlet yang sudahpun layak ke temasya Sukan Olimpik dalam program tersebut selain penambahbaikan program latihan.

Sebelum ini, Datuk Pandalela terlepas tiket ke Paris 2024 dalam acara 10 meter platform individu dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Pusat Akuatik Hamad. Qatar.

Turut gagal mengesahkan slot, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, Nur Dhabitah dalam acara 10 meter platform seirama.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD