fb fb fb fb fb

Ronaldo lancar saluran YouTube

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo/Foto REUTERS

RIYADH, 22 Ogos- Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo telah melancarkan saluran YouTube miliknya pada Rabu.

Saluran YouTube yang diberi nama UR Cristiano Ronaldo itu dibanjiri ribuan netizen yang melanggani saluran berkenaan selepas dilancarkan dalam tempoh beberapa jam.

"Penantian telah berakhir. Saluran My@YouTube akhirnya dilancarkan.Langgani saluran tersebut dan bersama-sama saya dalam perjalanan baharu ini", kata Ronaldo di sosial medianya.

Selepas beberapa jam memuat naik video pertama di saluran YouTubenya, seramai 1.69 juta melanggani saluran berkenaan.

Pemain berusia 39 tahun itu mempunyai 112.5 juta pengikut di X, 170 juta di Facebook dan 636 juta di Instagram.

Bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu kini dalam persiapan bersama kelabnya, Al Nassr untuk menghadapi musim baharu Liga Pro Saudi menentang Al-Raed pada Khamis.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD