MUNICH, 22 Ogos-Penjaga gol veteran Jerman, Manuel Neuer mengumumkan persaraannya daripada kancah antarabangsa selepas bermain sebanyak 124 kali sejak 2009.
Penjaga gol berusia 38 tahun yang bermain untuk kelab Bayern Munich turut memenangi sarung tangan emas ketika Jerman dinobatkan sebagai juara Piala Dunia pada 2014.
"Hari ini menandakan pengakhiran karier saya dengan pasukan kebangsaan Jerman", tulis Neuer di Instagram miliknya.
"Sesiapa yang mengenali saya tahu bahawa tidak mudah untuk mengambil keputusan sebegini.
"Sudah tiba masanya untuk mengakhiri karier bersama skuad kebangsaan", tambah Neuer.
Sementara itu, Persekutuan Bola sepak Jerman (DFB) mengucapkan terima kasih dan menganggap Neuer sebagai antara salah seorang penjaga gol terbaik sepanjang zaman buat Jerman.
"Tiada kata-kata yang mampu digambarkan.Terima kasih Manu", kata DFB dalam kenyataan.
"Anda telah mengubah gaya permainan seorang penjaga gol. Anda akan dikenang sebagai Ketua pasukan,teladan dan juara dunia.Kami akan merindui anda", tambah kenyataan itu.
Persaraan Neuer hadir selepas pengumuman persaraan antarabangsa oleh Ilkay Gundogan dua hari sebelum itu.
Neuer bakal memulakan aksi bersama Bayern Munich menentang Wolfsburg pada Ahad dalam usaha merampas kejuaraan Bundesliga yang terlepas ke tangan Byer Leverkusen musim lalu.-REUTERS