fb fb fb fb fb

Ronaldo beri bayangan akan tinggalkan Al-Nassr

Foto FB Cristiano Ronaldo

PARIS, 27 Mei- Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo memberi bayangan akan meninggalkan Al-Nassr.

Ia susulan kenyataannya bahawa 'satu bab telah berakhir', beberapa jam selepas tamat saingan Liga Pro Saudi musim ini.

Ronaldo, 40, menyertai Al-Nassr pada 2022 dari Mancheser United dengan kontraknya di Arab Saudi akan tamat musim panas ini.

"Bab ini sudah berakhir. Ceritanya? Masih ditulis," katanya dalam hantaran di media sosial dengan gambar memakai jersey Al-Nassr.

Bekas penyerang Real Madrid dan Juventus itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua.

Satu jendela perpindahan khas akan dibuka dari 1 hingga 10 Jun, bagi membolehkan 32 kelab yang terlibat dalam Piala Dunia Kelab mendaftar pemain baharu.

Al-Nassr gagal layak ke saingan Liga Juara Asia Elite, selepas tewas kepada Kawasaki Frontale dari Jepun dalam saingan separuh akhir, April lalu.

Pasukan itu menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Liga Pro Saudi, musim ini.

Bagaimanapun, Ronaldo muncul penjaring terbanyak liga dengan 24 gol. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello