LIVERPOOL, 27 Mei- 27 orang dilaporkan cedera apabila sebuah kereta merempuh orang ramai ketika meraikan kejayaan Liverpool merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Daripada jumlah itu, dua cedera parah manakala empat kanak-kanak antara yang cedera.
Penolong Ketua Polis Merseyside Konstabel Jenny Sims pada sidang akhbar memaklumkan, seorang lelaki warga Britain berusia 53 tahun telah ditahan ekoran insiden itu.
Bagaimanapun, polis menolak sebarang keganasan berhubung kejadian itu.
Namun, siasatan meluas sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian.
"Kami percaya ini adalah insiden terpencil. Kami juga sedang memburu orang lain yang dikaitkan dengan suspek," katanya.
Kejadian berlaku beberapa jam selepas perarakan trofi Liverpool berlangsung, dengan bintang seperti Virgil van Dijk dan Mohamed Salah mengetuai sambutan kejayaan di atas bas.
Perdana Menteri Keir Starmer menyifatkan insiden tersebut sebagai "mengerikan".
Dalam perkongsian di platform X, beliau melahirkan rasa simpati terhadap semua mangsa yang cedera atau terjejas.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada polis dan perkhidmatan kecemasan atas respons pantas dan berterusan mereka terhadap kejadian yang mengejutkan ini.
"Saya sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan semasa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat," katanya.
Sejarah bola sepak Liverpool menyaksikan pelbagai tragedi berlaku.
Pada tahun 1989, 97 penyokong Liverpool meninggal dunia dalam rempuhan di stadium pada perlawanan di Sheffield. - AFP