fb fb fb fb fb

Romelu Lukaku kembali ke Inter Milan

MILAN, 29 Jun- Penyerang Belgium, Romelu Lukaku dilaporkan kembali menyarung jersi Inter Milan secara pinjaman daripada Chelsea.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif kelab The Blues, Giuseppe Marotta.

Perpindahan tersebut dikukuhkan lagi dengan rakaman video yang tular di laman sosial menunjukkan Lukaku tiba di Itali semalam ketika dia menerima sambutan hangat dengan penyokong bersorak namanya.

Lukaku yang tersenyum melambai kepada mereka yang menyambutnya dan kemudian menunjukkan tanda bagus sebelum bersalaman dengan sebahagian daripada mereka.

Dalam pada itu, Giuseppe yang ditanya media AFP enggan menjawab sama ada ejen bebas Paulo Dybala akan datang ke Inter kerana perpindahan itu dilaporkan terhenti, sementara kelab itu cuba menurunkan pemain untuk menempatkan penyerang Argentina itu.

Lukaku dijangka menjalani pemeriksaan perubatan pada hari ini sebelum membuat kemunculan semula di kelab lamanya.

Pemain berusia 29 tahun itu sekali lagi akan mengetuai jentera serangan Inter ketika mereka cuba merebut kembali gelaran Serie A selepas mengambil pemotongan gaji kepada €8.5 juta euro yang dilaporkan untuk kempen akan datang.

Lukaku meninggalkan London selepas gagal membuat kesan buat kali kedua di Chelsea, tidak memenuhi jangkaan tinggi berikutan perpindahan £97.5 juta dari Inter musim panas lalu.

Dia telah menjadikan dirinya sebagai kegemaran peminat selama dua tahun di Inter selepas menjaringkan 64 gol dalam 95 perlawanan dan membawa mereka ke kejuaraan Serie A pertama dalam lebih sedekad, Scudetto 2021 menamatkan kemarau 11 tahun dalam cengkaman Juventus dalam liga bola sepak Itali.-AFP


(FOTO AFP)

 

Media Baharu