fb fb fb fb fb

Liga Super: JDT teruskan rentak cemerlang, belasah PJ City FC 4-0

(Aksi Liga Super di antara Johor Darul Takzim (JDT) menentang PJ City FC di Stadium Sultan Ibrahim,
Iskandar Puteri/ Foto FB JOHOR Southern Tigers) 

ISKANDAR PUTERI, 28 Jun - Rentak cemerlang juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) berterusan selepas merekodkan kemenangan 4-0 ke atas PJ City FC, di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Bergson da Silva dan Fernando Forestieri masing-masing menyumbat dua gol, memastikan tiga mata buat tuan rumah.

20 minit pertama menyaksikan aksi seimbang kedua-dua pasukan, namun segalanya berubah selepas Bergson berjaya meledak rembatan pada minit ke-22 menewaskan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz.

Forestieri menghadiahkan gol kedua buat tuan rumah menerusi sepakan percuma pada minit ke-25.


(Pemain JDT, Bergson da Silva (kanan) dan Fernando Forestieri meraikan jaringan pada aksi 
Liga Super menentang PJ City FC malam tadi/ Foto FB JOHOR Southern Tigers) 

Tidak banyak yang berubah pada babak kedua apabila penguasaan lebih memihak JDT.

Bergson membuktikan ketajamannya musim ini dengan meledak gol ketiga menewaskan Kalamullah pada minit ke-65.

Menuju lima minit terakhir perlawanan, Bergson bijak menolak hantaran kepada Forestieri yang tenang disudahkan pemain kelahiran Argentina itu dan seterusnya meletakkan JDT selesa dengan kelebihan empat gol.

Media Baharu