MELBOURNE, 6 September - Pelumba Australia, Daniel Ricciardo mengumumkan persaraannya pada Jumaat dan memaklumkan bahawa dirinya akan memegang peranan baharu sebagai duta sukan permotoran bersama Ford.
Ford akan menjadi rakan enjin bersama Red Bull bermula musim depan. Red Bull merupakan bekas pasukan Ricciardo dalam Formula 1, dan meraih tujuh daripada lapan kemenangan sepanjang kariernya.
Pelumba berusia 36 tahun itu kali terakhir berlumba pada 2024 bersama pasukan Racing Bulls yang dimiliki Red Bull.
“Walaupun hari-hari saya di litar perlumbaan sudah berlalu, kecintaan saya terhadap sukan permotoran. Sebab itu saya berbangga bekerjasama dengan Ford sebagai Duta Global Perlumbaan Ford.
"Apabila saya membuat keputusan untuk bersara, saya berfikir panjang tentang cara untuk kekal terhubung dengan dunia sukan permotoran.
"Bagi saya, perlumbaan sentiasa tentang keseronokan. Ia membuat saya gembira dan mencipta kenangan yang akan kekal sepanjang hayat," tulisnya dalam satu catatan blog untuk Ford Racing.
Pengumuman itu dibuat bersempena dengan Grand Prix Itali di Monza, perlumbaan yang pernah dimenangi Ricciardo ketika bersama McLaren pada 2021.- REUTERS