fb fb fb fb fb

Red Devils berputih mata, Rashford 'punca' kekalahan

Foto AFP

COPENHAGEN, 9 November- Layangan kad merah kepada Marcus Rashford ketika Manchester United berdepan Copenhagen nyata menjadi punca kekalahan 3-4 pasukan itu dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu.

Aksi yang berlangsung di stadium Parken, Denmark mengejutkan penyokong fanatik The Red Devils apabila pasukan Eropah itu berjaya mendominasi awal permainan.

Jaringan perlawanan dibuka menerusi penyerang muda yang sedang meningkat naik, Rasmus Hojlund seawal minit ke-2 dan minit ke-28.

Kemudian, Rashford diarah keluar padang atas kesalahan memijak buku lali Elias Jelert pada penghujung minit aksi pertama.

Rentetan itu, pihak tuan rumah berjaya membolosi gawang United menerusi Mohamed Elyounoussi.

Diogo Goncalves menambah lagi derita United apabila The Lions dihadiahkan sepakan penalti akibat kecuaian Varane, bola terkena tangan.

Bruno Fernandes merapatkan jaringan menerusi penalti, namun Lukas Lerager dan Roony Bardghji tidak mensia-siakan peluang mencetak jaringan sekali gus menoktahkan kemenangan sehingga tiupan wisel penamat.

Pengendali United, Erik ten Hag mengakui kekalahan adalah berpunca daripada layangan kad merah kepada Rashford sekali gus menurunkan moral pemainnya.

"Saya fikir pertama, kami bermain sangat baik sehingga kad merah. Kad merah mengubah segala-galanya. Kemudian, ia menjadi permainan yang berbeza.

"Ia mengecewakan," kata ten Hag.

Kekalahan itu menyebabkan mereka berada di tangga terakhir Kumpulan A dengan tiga mata.

Kekalahan itu adalah yang pertama United dalam Liga Juara-Juara di mana mereka mendahului dengan dua atau lebih gol.

Ia juga kekalahan pertama mereka selepas mendahului dua gol dalam semua pertandingan sejak September 2014 apabila tewas 5-3 kepada Leicester City.

Ten Hag bagaimanapun masih positif dengan prestasi anak buahnya pada aksi tersebut, hanya tuah tidak berpihak kepada mereka.

"Begitulah keadaannya tetapi musim ini panjang. Pada satu ketika ia akan memihak kepada kami. Itu adalah 20 minit terbaik (pertama) yang saya lihat dari sisi saya."

"Selain itu, kami masih mengawal permainan. Ia sangat mengecewakan. Kami berjuang dengan sangat kuat, bermain dengan sangat baik. Namun kami tidak mempunyai satu mata."- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM