LONDON, 9 November- Arsenal semakin hampir untuk menempah slot ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas Leandro Trossard dan Bukayo Saka menoktahkan kemenangan penting buat pasukan.
Arsenal menang 2-0 ke atas Sevilla pada Rabu untuk meletakkan mengungguli carta Kumpulan B, empat mata didepan PSV dan Lens.
Skuad kendalian Mikel Arteta kembali ke landasan selepas kekalahan domestik berturut-turut, hasil gol pembukaan babak pertama Trossard dan jaringan Saka selepas rehat di Stadium Emirates.
Laluan pasukan London Utara dilihat cerah untuk mara ke pusingan 16 terakhir, jika mereka mengambil satu mata dari baki perlawanan di tempat sendiri menentang Lens dan di PSV.
Namun begitu, wujud kebimbangan buat Arteta selepas melihat Saka terhincut-hincut akibat kecederaan di bahagian buku lalinya.
Saka telah mengalami beberapa siri kekasaran sebelum kecederaannya tetapi Arteta berpesan kepada bintang England itu, supaya membiasakan diri dengan layanan kasar.
"Ia hanya satu sepakan. Mudah-mudahan ia tidak banyak. Saya akan menganggap dia akan baik-baik saja."
"Itu akan kesan biasa kepada pemain sayap dalam situasi perebutan bola. Saya tidak fikir ia akan berubah dengan cara dia bermain. Lebih baik dia biasakan diri," kata Arteta kepada media.
Sementara itu, bos Sevilla, Diego Alonso akui bahawa pasukannya tidak berada pada tahap terbaik dan Arsenal layak untuk menang.
"Kami sedang sakit. Arsenal adalah pasukan yang lebih baik. Kami bermain dengan teruk.
"Sudah tentu saya menerima kritikan," kata Alonso.
Arteta mengingatkan pasukannya bahawa harus "benar-benar kejam" dan membuat lawan "menderita", jika mereka mahu kekal lama dalam Liga Juara-Juara musim ini.- AFP