fb fb fb fb fb

Real Madrid: Mbappe masih belum cukup cergas untuk beraksi

Bintang bola sepak Real Madrid, Kaylian Mbape / Foto REUTERS

FLORIDA, 20 Jun-Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe, telah dibenarkan keluar hospital selepas mengalami gastroenteritis ketika saingan Piala Dunia Kelab, demikian menurut kenyataan rasmi kelab Sepanyol itu pada Khamis.

“Kylian Mbappe telah keluar dari hospital petang ini dan telah kembali ke pusat latihan Real Madrid.

"Mbappe akan meneruskan rawatan perubatan dan akan kembali menyertai pasukan secara berperingkat,” maklum Real Madrid dalam satu kenyataan.

Terdahulu pada hari sama, kelab itu memaklumkan bahawa pemain kebangsaan Perancis itu dimasukkan ke hospital bagi menjalani beberapa ujian dan rawatan selepas mengalami kes gastroenteritis akut.

Mbappe tidak beraksi dalam perlawanan pembukaan Real Madrid di Piala Dunia Kelab menentang Al-Hilal, yang berkesudahan seri 1-1 pada Rabu.

Menurut sumber kelab kepada agensi Reuters, Mbappe telah diasingkan daripada rakan sepasukannya sejak Selasa (17 Jun) sebelum dibawa ke hospital pada Rabu.

Beliau dijangka tidak akan diturunkan dalam mana-mana perlawanan peringkat kumpulan kejohanan tersebut.

Sementara itu, Jurulatih Real Madrid, Xabi Alonso, turut memberi bayangan bahawa Mbappe diragui untuk perlawanan seterusnya menentang kelab Mexico, Pachuca yang dijadual berlangsung pada Ahad di Charlotte, Carolina utara.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD