KUALA LUMPUR, 20 Jun-Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 44 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya Bawah 15 tahun (B-15) sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Emerging Socceroos 2025 yang dijadual berlangsung di Melbourne, Australia, dari 4 hingga 12 Julai depan.
Menurut kenyataan rasmi FAM, kem latihan pusat kendalian ketua jurulatih, Noor Zaidi Rohmat, akan bermula Sabtu ini, 21 Jun hingga 3 Julai depan di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang.
Berdasarkan senarai berkenaan, Sekolah Sukan Malaysia Pahang menjadi penyumbang terbesar dengan 16 pemain, diikuti SSTMI (10 pemain), SMK Taman Desa Skudai (8 pemain), dan sekolah-sekolah lain dari seluruh negara.
Hanya 18 pemain terbaik akan dipilih untuk membarisi skuad akhir yang akan berlepas ke Melbourne pada 4 Julai depan.