fb fb fb fb fb

Real Madrid cemerlang, kembali jalani latihan

Real Madrid kembali menjalani latihan pada Selasa/ REUTERS

MADRID, 26 Ogos – Real Madrid kembali menjalani latihan pada Selasa selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas pendatang baharu LaLiga, Real Oviedo, di Asturias pada Ahad.

Dua gol daripada Kylian Mbappe dan satu jaringan Vinicius Junior memastikan Los Blancos membawa pulang tiga mata penuh dalam kunjungan pertama mereka ke Estadio Carlos Tartiere sejak 2001.

Skuad bimbingan Xabi Alonso kini mengumpul dua kemenangan daripada dua perlawanan, memulakan kempen LaLiga musim ini dengan rekod sempurna pada musim pertama pengendaliannya.

Real Madrid dijadualkan meneruskan aksi di laman sendiri menentang Mallorca pada Sabtu ini.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI