fb fb fb fb fb

RCB terus komited menyokong Hakim Danish dalam karier perlumbaan

RCB hari ini menerima kunjungan rasmi daripada pelumba muda negara Hakim Danish yang baru tiba di ibu negara

KUALA LUMPUR, 19 Mei - RCB terus komited dalam memberikan sokongan penuh kepada Hakim Danish dari segi teknikal, logistik dan promosi.

Komitmen tersebut demi membantu pelumba muda negara yang berusia 17 tahun itu terus cemerlang di peringkat antarabangsa yang kini mendahului carta kejuaraan keseluruhan bagi perlumbaan MotoGP Redbull Rookies Cup 2025.

Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran RCB, Marcus Leong menerusi satu kenyataan berkata, inisiatif tersebut selari dengan usaha untuk membangunkan komuniti permotoran yang lebih positif dan lebih progresif serta menghargai kesungguhan yang dibawa oleh pelumba muda itu sekali gus menjadi inspirasi kepada masyarakat terutama dalam kalangan remaja.

Kepulangan Hakim Danish ke tanah air juga dilihat sebagai satu sokongan moral yang besar kepada pelumba yang bakal beraksi dalam saingan FIM MiniGP dan RCB MiniMoto pada 24-25 Mei ini di Litar Horizon Beranang, Selangor.

Kehadirannya dijangka memberi motivasi kepada pelumba muda yang bakal beraksi serta menunjukkan kesinambungan sokongan RCB terhadap pembangunan bakat sejak dari peringkat akar umbi.

Kolaborasi ini merupakan platform penting dalam mendekati pelumba muda tempatan dan membimbing mereka menjadi ikon sukan permotoran yang bertanggungjawab serta berdaya saing.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE