fb fb fb fb fb

Hala tuju FAS akan diketahui 14 Jun depan

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

KUCHING, 19 Mei - Presiden baharu yang bakal menerajui Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) perlu mempunyai komitmen tinggi untuk membawa persatuan tersebut ke peringkat lebih cemerlang," tegas Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, pemilihan pucuk pimpinan baharu dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FAS yang dijadual berlangsung pada 14 Jun depan, bakal menjadi penentu hala tuju dan masa depan persatuan bagi sesi 2025-2027.

“Saya selaku menteri yang memantau hal ehwal sukan berharap Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (TGM) itu akan berjalan lancar".

"Siapa sahaja yang akan dilantik sebagai Presiden atau Pengerusi FAS nanti, itu terpulang kepada mereka yang akan mengundi".

"Apa yang kita harapkan ialah mereka yang bersemangat dan komited terhadap persatuan," katanya, di sini.

Dalam pada itu beliau berharap, calon yang dipilih mempunyai visi yang jelas untuk membangunkan FAS serta mampu meningkatkan prestasi bola sepak Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi.

Terdahulu, Presiden FAS bagi penggal 2023–2025, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan akan datang.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE