fb fb fb fb fb

RHB LEKAS Highway Ride 2025 jangka 7,000 peserta dalam dan luar negara

Majlis Pelancaran RHB LEKAS Highway Ride di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 19 MEI - Acara berbasikal malam, RHB LEKAS Highway Ride, kembali memeriahkan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) sempena sambutan ulang tahun ke-10 penganjurannya yang akan berlangsung pada 11 Oktober depan.

Acara tersebut dijangka menarik penyertaan lebih daripada 7,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group, Mohd Rashid Mohamad berkata, setakat ini lebih 3,000 peserta telah mendaftar.

"Saya percaya, seperti kebiasaannya selepas kita membuat pengumuman rasmi seperti hari ini, akan ada lebih ramai lagi yang akan mendaftar. Oleh itu, kami cukup yakin bahawa kami akan mencapai sasaran sebanyak 7,000 peserta tahun ini. Itu adalah sasaran kami".

Kami juga meletakkan aspek keselamatan sebagai keutamaan, sebab itulah kerjasama dengan semua agensi yang terlibat amat penting bagi kami untuk memastikan jumlah peserta yang besar ini dapat dikendalikan dengan baik dan selamat," katanya.

Seramai 23 peserta, iaitu 18 dari Malaysia dan 5 dari Singapura, tidak pernah gagal menyertai acara tersebut sejak edisi pertamanya.

Selain itu, acara ini telah menjadi antara acara kayuhan malam terbesar di Malaysia, malah berjaya meraih dua rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) pada tahun lalu.

Rekod tersebut meliputi penyertaan paling ramai dan jarak paling panjang bagi perlumbaan malam di lebuh raya.

Kayuhan akan bermula dari Plaza Tol Kajang Selatan dan peserta berpeluang memilih kategori mengikut kemampuan masing-masing.

Antara kategori terlibat termasuk kayuhan kompetitif sejauh 105 kilometer (km), kayuhan 78km, kayuhan terbuka 17km, kayuhan remaja 12km dan 17km.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE