fb fb fb fb fb

29 Mei 2025: Harimau Malaya "sedia baham" Cape Verde

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski

JOHOR BAHRU, 19 Mei - Skuad Harimau Malaya bersedia hadapi Cape Verde dalam aksi persahabatan antarabangsa yang bakal berlangsung pada 29 Mei di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Ketua Jurulatih Kebangsaan, Peter Cklamovski berkata, kem latihan intensif yang berlangsung di Johor ketika ini menjadi asas penting dalam membentuk kekuatan pasukan menjelang aksi persahabatan tersebut.

"Fasiliti di Johor dan persekitarannya memang bertaraf tinggi. Kami bertuah dapat menjalani kem latihan di sini dan amat menghargai sokongan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. Sebarang kritikan tentang lokasi kem ini saya terima dengan terbuka. Itu tanggungjawab saya. Fokus kami bekerja keras di sini, kemudian bawa semangat itu ke Kuala Lumpur untuk hadapi Cape Verde dan gunakan perlawanan itu sebagai persediaan ke fasa seterusnya".

Beliau juga menuntut Harimau Malaya menampilkan aksi terbaik serta bermain sebagai satu pasukan.

Antara muka baharu yang mendapat panggilan ke kem latihan kali ini ialah Muhamad Abu Khalil, pemain yang kini beraksi di Thailand bersama Nakhon Pathom United.

Turut kembali menyertai pasukan kebangsaan ialah Ariff Aiman dan Nazmi Faiz Mansor selepas dinilai dari aspek prestasi dan tahap fisiologi mereka bersama skuad Harimau Malaya.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE