fb fb fb fb fb

Ranking Harimau Malaya naik satu tangga ke-132 dunia

Foto FACEBOOK

KUALA LUMPUR, 29 November - Skuad Harimau Malaya kini naik satu anak tangga ke kedudukan 132 dunia.

Berdasarkan kemas kini ranking dunia FIFA, anak buah Pau Marti Vicente berjaya mengumpul 1,117.05 mata untuk naik daripada kedudukan ke-133 bulan lepas.

Kedudukan terbaharu itu membolehkan Harimau Malaya berada hampir dengan pasukan seperti Cyprus (130), Malawi (131), Nicaragua (133) dan Kuwait (134).

Pencapaian itu disumbangkan oleh kejayaan pasukan negara mengalahkan Laos 3-1 pada 14 November lalu dan seri 1-1 menentang India pada 18 November.

Bagaimanapun kedudukan itu menyaksikan Malaysia masih ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Thailand (97), Vietnem (116) dan Indonesia (125).

Jepun kekal antara lima pasukan terbaik Zon Asia apabila menghuni ranking ke-15 dunia.

Empat lagi ialah Iran, Korea Selatan, Australia dan Qatar.

Manakala, Argentina selaku pemenang Piala Dunia 2022, kekal unggul di tangga teratas, diikuti Perancis, Sepanyol, England dan Brazil.

Trainee2