MILAN, 14 November-Bekas pengurus Cagliari, Caludio Ranieri bakal mengemudikan kelab AS Roma sekali gus keluar dari persaraannya sebagai pengurus.
Ranieri yang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Leicester City pada 2016 dilaporkan bersetuju dengan perjanjian untuk mengemudi pasukan sehingga tamat musim ini susulan rundingan yang diadakan di London.
Media Itali melaporkan Renieri berkemungkinan ditawarkan peranan di kelab setelah kontraknya tamat pada Jun tahun hadapan.
Renieri bakal membuat pengumuman pelantikan kepada pemberita sejurus tiba di Rome pada petang Rabu.
Pengurus berusia 73 tahun itu bakal menggantikan Ivan Juric yang dilantik pada september lalu susulan prestasi buruk bekas ketua pasukan AS Roma, Daniele De Rossi yang dipecat selepas kekalahan 3-2 ditangan Bologna.
Di bawah kendalian Juric, AS Roma hanya mencatatkan hanya empat kemenangan dari 12 perlawanan dalam semua pertandingan meletakkan AS Roma di tangga ke-12 dalam Serie A, empat mata di atas zon penyingkiran.
Sebelum ini, Renieri mengumumkan persaraan musim lalu selepas membawa Cagliari daripada penyingkiran.
Renieri memberitahu media Itali bahawa dia berminat untuk menguruskan pasukan kebangsaan.
Kehadiran Renieri di AS Roma merupakan kali kedua selepas 2019.
Dia berjaya membantu AS Roma melayakkan diri ke Liga Europa tahun yang sama.-AFP