fb fb fb fb fb

Barca rehatkan Fati

Ansu Fati / REUTERS

BARCELONA, 14 November- Pemain sayap Barca, Ansu Fati diketepikan selama empat minggu selepas mengalami kecederaan hamstring.

Menurut kenyataan kelab, pemain antarabangsa Sepanyol berusia 22 tahun itu mengalami banyak masalah kecederaan sejak beberapa musim kebelakangan ini.

"Ansu Fati telah mengalami kecederaan otot (hamstring kanan) semasa latihan pada hari Rabu. Dia dijangka akan berehat selama kira-kira empat minggu," kata pendahulu La Liga, Barcelona.

Kecederaan itu menyaksikan Fati dijangka terlepas perlawanan Liga Juara Eropah menentang pasukan Perancis, Brest pada 27 November, serta perlawanan La Liga menentang Celta Vigo, Las Palmas, Mallorca dan Real Betis.

Pemain sayap Lamine Yamal, yang memecahkan rekod Fati sebagai pemain termuda Barcelona dan penjaring gol, juga mengalami kecederaan.

Ia menyebabkan Yamal terpaksa direhatkan kira-kira tiga minggu kerana masalah buku lali.

Turut diketepikan, penyerang veteran Barcelona, Robert Lewandowski, Marc-Andre Ter Stegen (penjaga gol), Andreas Christensen (pertahanan) dan Ronald Araujo (pertahanan). - AFP

Trainee2