fb fb fb fb fb

PSK digesa buka akaun khas, permudah pengurusan dana - Hannah

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

PUCHONG, 13 November- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta baki Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas untuk segera berbuat demikian.

Tegasnya, perkara itu penting bagi tujuan pengurusan dana supaya semua pemegang taruh bergerak seiring dengan KBS.

Menurut Hannah, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) adalah antara 12 daripada 19 PSK yang telah menyahut saranan berkenaan.

"Saya rasa dengan adanya publisiti sekarang dan persatuan juga faham kehendak kita. Saya percaya mereka sudah berhubung dengan Majlis Sukan Negara (MSN).

Saya tiada tarikh akhir tapi saya mintak bergerak dengan cepatlah kerana kita ada banyak idea. Kita nak buat banyak perkara baharu tetapi pemegang taruh kena bergerak dengan kelajuan sama dengan kita," kata Hannah kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikan selepas menghadiri sesi libat urus TVET sukan sempena Simposium Kemahiran Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan di Selangor.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM