fb fb fb fb fb

Rangkul kejuaraan MLBB, Sekysss anggap permulaan baharu untuk e-sukan negara

Foto RTM

KUALA LUMPUR,16 Julai-Pemain Paling Bernilai, Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman menyifatkan kejayaan Selangor Red Giants (SRG) merangkul kejuaraan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 kelmarin (Sabtu) sebagai kejayaan cukup membanggakan.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Sekysss berharap kejayaan itu bakal menjadi permulaan baharu untuk arena e-sukan negara selain menjadi pencetus semangat pasukan tempatan lain.

"Selepas menang, saya akan fokus kepada pertandingan selepas ini dan saya berazam untuk memenangi kejohanan akan datang", katanya di sini.

Kejayaan ini menyaksikan SRG menerima hadiah wang tunai berjumlah AS$1 juta Dolar

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD