fb fb fb fb fb

Olimpik Los Angeles 2028, KBS luluskan Program Fast Track skuasy

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Jawatankuasa Road to Gold (RTG) meluluskan Program Fast Track bagi sukan skuasy dalam persiapan awal ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata program itu membolehkan empat pemain negara mendapat pendedahan kejohanan antarabangsa dan program latihan yang lebih progresif bagi musim baharu bermula Ogos 2024 hingga Mac 2025.

Empat pemain itu ialah Ng Eain Yow, S. Sivasangari, Aifa Azman dan Aira Azman.

"Apa yang kami mahu lakukan ialah mengurangkan kerisauan atlet- atlet ini untuk mencari dana bagi bersaing dalam kejohanan antarabangsa dan meningkatkan prestasinya setaraf dengan atlet antarabangsa.

"Jadi dengan adanya struktur ini, dengan pembiayaan yang kami sediakan untuk pemain, mereka boleh membuat perancangan lebih awal untuk empat tahun yang akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Fast Track Skuasy di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini pada Isnin.

Tambah Hannah, selain kejohanan, empat pemain negara itu turut akan melalui program latihan yang lebih tersusun selain sokongan jurulatih peribadi dan jurullatih psikologi.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN