fb fb fb fb fb

Rangka skuad ragbi terbaik Sukan Sea 2025 menerusi National Sevens

Setiausaha Agung Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmy Jalil

KUALA LUMPUR, 12 Julai - Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan 2025 (National Sevens) yang akan berlangsung di Kuala Terengganu minggu depan bakal menjadi peluang terakhir buat pemain negara merebut tempat dalam Skuad Sukan SEA 2025 yang dijadual berlangsung di Bangkok pada Disember.

Setiausaha Agung Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmy Jalil berkata, acara tersebut penting dalam menjadi pentas pemilihan untuk merangka skuad terbaik ke temasya dwitahunan tersebut.

"Hanya pemain warganegara sahaja yang dibenarkan beraksi dalam Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan (National Sevens) tahun ini.

Kejohanan ini turut menjadi platform penting untuk menilai dan menyenarai pendek pemain-pemain terbaik yang akan mewakili negara ke Kejohanan Asia 7s Series 2025 yang merangkumi dua pusingan di Hangzhou, China pada September dan di Colombo, Sri Lanka pada Oktober.

Ia juga merupakan langkah awal dalam persiapan skuad negara bagi memburu pingat emas di Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand hujung tahun ini," katanya dalam sebuah sidang media selepas Majlis Undian Kumpulan Kejohanan Ragbi Kebangsaan 7 Sebelah dan Piala Agong di sini, hari ini.

Sebanyak 41 pasukan dijangka mengambil bahagian dalam empat kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE