KUALA LUMPUR, 12 Julai - Usaha memperluas akses kesihatan kepada masyarakat terus diperkasa menerusi Kejohanan Golf Amal Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) 2025.
Pengerusi jawatankuasa penganjur, Datuk Mohamad Farid Salim berkata, kejohanan ini bukan sekadar pertandingan golf tetapi medan menyemai semangat kebajikan dan kesukanan demi manfaat bersama.
“Dengan adanya klinik-klinik ini, kita dapat memberikan rawatan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk ke klinik swasta dengan kadar yang minimum,” katanya ketika ditemui media selepas selesai kejohanan, di sini, hari ini.
Katanya, inisiatif tersebut juga turut mendapat sambutan menggalakkan oleh pelbagai pihak untuk menyokong operasi lebih 20 klinik wakaf di seluruh negara sekali gus meringankan golongan yang memerlukan.