fb fb fb fb fb

Raja pecut Sukma 2022 intai emas acara akhir 200 meter

(Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi,
kini bergelar Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma)
selepas muncul juara acara 100 meter (m) lelaki/FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 18 September - Raja Pecut Sukma 2022 Muhammad Azeem Fahmi akan turun beraksi petang ini dalam acara 200 meter akhir.

Azeem berkata fokusnya kali ini melakar larian bawah 21 saat untuk menghadiahkan pingat emas kedua buat kontinjen Perak.

"Ramai rakan sepasukan atlet kebangsaan akan turut memberi saingan yang sama seperti acara 100 meter sebelum ini.

"Sasaran utama saya cuba menyumbangkan pingat kepada negeri Perak,"katanya kepada RTM selepas acara kuartet 4x100 meter lelaki akhir.

Jaguh pecut berusia 18 tahun dari Ipoh, Perak bergelar Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) selepas muncul juara acara 100 meter (m) lelaki pada Jumaat lalu.

(Azeem (tengah) ketika beraksi dalam acara 100m lelaki akhir pada SUKMA 2022
di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat/FOTO BERNAMA)

Azeem juga memegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s yang dilakukan dalam Kejohanan Remaja Dunia di Cali, Colombia bulan lalu.


Media Baharu