fb fb fb fb fb

Tidak lengkap vaksin, 3 pemain Argentina terlepas aksi persahabatan di Angola

FOTO HIASAN

MADRID, 11 November - Argentina terpaksa beraksi tanpa tiga pemain Atletico Madrid, Julian Alvarez, Nahuel Molina dan Giuliano Simeone, dalam aksi persahabatan menentang Angola pada Jumaat selepas mereka gagal melengkapkan prosedur berkaitan vaksin demam kuning, menurut Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) pada Isnin.

Demam kuning merupakan penyakit virus bawaan nyamuk yang terdapat di beberapa kawasan di Afrika dan Amerika Selatan, dan pelancong ke rantau tersebut diwajibkan menerima vaksin sebagai langkah pencegahan jangkitan.

“Mereka tidak sempat melengkapkan prosedur kesihatan berkaitan vaksin demam kuning yang menjadi syarat kemasukan ke Angola,” kata AFA dalam kenyataan.

Skuad juara dunia itu, yang telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia tahun depan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada, akan menentang Angola di Luanda.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE