fb fb fb fb fb

Ragbi wanita Sabah benam Johor, 17-15

SHAH ALAM, 21 Oktober- Pasukan ragbi wanita bawah 17 tahun (B17) Sabah berjaya menundukkan pasukan Kulai 17-15 dalam Kejohanan Ragbi Wanita B-17 Peringkat Kebangsaan di Shah Alam.

Skuad kendalian Jeospine Augustine itu mempamerkan aksi yang kemas dan mendominasi permainan dengan baik meskipun menerima tentangan awal daripada pasukan Kulai.

"Tekanan itu memang ada tapi saya cuba kawal mereka untuk bertenang kerana kita sehingga tamat permainan. Masa lebih panjang, pasukan Johor main rentak laju, kami cuba neutralkan rentak permainan dengan memperlahankan permainan. Nampak berkesan jugalah taktikal itu," kata Jeospine ketika ditemui pemberita RTM di Shah Alam.

Beliau turut memaklumkan ini merupakan kali pertama pasukannya beraksi dalam kejohanan peringkat kebangsaan.

Seramai 240 peserta dan pegawai dari 16 buah pasukan seluruh negara telah menyertai kejohanan ini yang bakal menjadi pemilihan pemain skuad kebangsaan.


(Jurulatih skuad ragbi wanita Sabah B17, Jeospine Augustine)

Media Baharu