Stockholm, 20 Oktober - Menerusi sukan tenis, ATP Stockholm, pilihan utama kejohanan, Stefanos Tsitsipas dari Greece mara ke suku akhir.
Pemain nombor tiga dunia itu menumpaskan pemain bukan pilihan, Maxime Cressy dari Amerika Syarikat, 7-6, 7-6 di pusingan kedua.
(Stefanos Tsitsipas/ FOTO AFP)
Turut mara pilihan kedua, Cameron Norrie dari Britain dan pilihan keempat, Denis Shapovalov dari Kanada.
Norrie mengalahkan Aslan Karatsev, 6-7, 6-3, 6-4.
Manakala, Shapovalov mengatasi pemain Switzerland, Antoine Bellier, 6-4, 7-5.- AFP