fb fb fb fb fb

PUFC nafi tarik diri daripada Liga Super

Foto FB Perlis United FC

KUALA LUMPUR, 15 Mac - Perlis United FC (PUFC) menafikan menarik diri daripada melengkapkan 14 pasukan yang akan bertanding dalam Liga Super musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rozailmee Zulkeply, berkata laporan berita yang mendakwa kelab itu menarik diri kerana masalah kewangan juga tidak tepat.

Beliau turut menegaskan pihaknya tidak ada sebarang permusuhan dengan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Menurutnya, dakwaan berkenaan hanya ingin mensensasikan portal berita berkenaan sahaja.

Rozailmee turut mencabar portal berita terbabit untuk mendedahkan sumber dalaman yang dimaksudkan dalam melaporkan berita terbabit.

Laporan portal berita itu antaranya mendakwa PUFC memilih untuk melakukan pusing 'U' dan menarik diri daripada menyertai Liga Super.

Sementara itu, beliau turut menegaskan sekiranya PUFC menarik diri ia akan dibuat melalui kenyataan rasmi.

Menurutnya, pada masa ini pihaknya masih lagi berusaha dan terbuka menerima bantuan daripada mana-mana pihak serta berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk kelab itu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD