fb fb fb fb fb

PSM rombak barisan jurulatih dan pemain

SHAH ALAM, 18 Januari- Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), melakukan rombakan lebih 50% terhadap struktur kejurulatihan dan pemain kebangsaan bagi menghadapi Sukan SEA dan Sukan Asia pada tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Presidennya Datuk Mohd Sumali Riduan menjelang dua temasya penting itu.

Tambah Mohd Sumali, minggu lalu cadangan nama jurulatih dan pemain telah diserahkan kepada Majlis Sukan Negara sebelum diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, hujung bulan ini.

"Majlis Sukan Negara (MSN) mungkin akan membuat kontrak yang baru dan PSM telah menghantar cadangan pemain-pemain untuk kontrak yang baru beberapa hari yang lalu," katanya dalam majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muezza Education Group Sdn Bhd dan Persatuan Pengusaha & Penggerak Industri Drone (MyDrone).

(Mohd Sumali Riduan)

Media Baharu