PARIS, 21 Disember - Paris Saint-Germain (PSG) mara ke pusingan 32 Piala Perancis selepas mencatat kemenangan mudah 4-0 ke atas kelab divisyen kelima, Vendee Fontenay, di Stade de la Beaujoire, Nantes pada Sabtu.
PSG membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi Desire Doue hasil bantuan Dembele sebelum dihadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran ke atas Goncalo Ramos.
Dembele menyempurnakan sepakan itu untuk gol pertamanya sejak Oktober lalu, sekali gus menamatkan lapan perlawanan tanpa jaringan.
“Ia penting untuk mendapatkan minit permainan, terutamanya bagi pemain yang kembali daripada kecederaan. Dia beraksi dengan baik dan bermain selama 60 minit,” kata ketua jurulatih PSG, Luis Enrique terhadap prestasi Dembele.
Goncalo Ramos menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-53 dengan menyudahkan hantaran lintang rendah Senny Mayulu hasil gerakan pantas berpasukan, sebelum menambah satu lagi gol lima minit kemudian.
PSG memburu kejuaraan berganda liga dan piala buat kali ketiga berturut-turut musim ini, namun ketika ini berada di tangga kedua Ligue 1, satu mata di belakang pendahulu, Lens.-AFP