fb fb fb fb fb

PSG ikat Lucas Hernandez

(FOTO FB www.facebook.com/BleacherReportFootball)

PARIS, 10 Julai - Kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain telah menandatangani pemain pertahanan Lucas Hernandez dari Bayern Munich bagi tempoh lima tahun dengan nilai perpindahan £34 juta.

Hernandez yang bermain sebanyak 107 kali dan menjaringkan dua gol ketika bersama kelab gergasi Jerman itu berkata, dia sangat teruja untuk bermain dengan juara bertahan Liga Perancis berkenaan.

"Saya teruja. Saya menunggu sangat lama bagi menyertai kelab ini (PSG).

"Akhirnya impian telah terlaksana. Ini adalah hari yang sangat istimewa", kata Hernandez.

Sepanjang kariernya bersama Bayern Munich, Hernandez berjaya memenangi kejuaraan trebel pada 2019

Hernandez yang memenangi Piala Dunia pada 2018 ketika bersama skuad kebangsaan Perancis merupakan antara pemain penting buat skuad tersebut sehingga layak ke final Piala Dunia 2022, namun ditewaskan oleh Argentina menerusi penentuan sepakan penalti.-BBC.com


(Pemain pertahanan Perancis, Lucas Hernandez/FOTO AFP)

Media Baharu