fb fb fb fb fb

Prestasi regu berpasukan, jadi asas kepada sistem ranking dunia - ISTAF

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Acara regu berpasukan dipilih sebagai asas untuk menentukan cadangan sistem ranking dunia dalam sepak takraw.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sistem ranking dunia untuk sepak takraw akan merujuk kepada keputusan perlawanan.

"Pasukan paling berjaya diletakkan di kedudukan tertinggi dalam acara berpasukan lelaki."

Secara khusus, hanya pasukan kebangsaan yang akan termasuk dalam sistem ranking dunia," kata kenyataan itu.

Negara yang menyertai kejohanan utama ISTAF dalam acara berpasukan akan mendapat dua mata untuk penyertaan.

Tiga mata diberi untuk setiap kemenangan dan ditolak satu mata bagi setiap kali menarik diri daripada pertandingan.

Namun, ia berbeza bagi pertandingan jemputan diiktiraf ISTAF, hanya satu mata diberikan untuk penyertaan manakala dua mata lagi untuk setiap kemenangan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM