fb fb fb fb fb

Polis dibantu pelbagai agensi pastikan tahap keselamatan terbaik pada aksi akhir Piala Malaysia

(FOTO MFL)

KUALA LUMPUR, 25 November- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tahap keselamatan telah dipertingkatkan dengan mendapat kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan kelancaran perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata penambahan kekuatan anggota ini dapat menjaminkan keselamatan lebih efisien dan sempurna kepada semua penonton yang akan hadir.

"Kami telah meningkatkan jumlah kawalan keanggotaan di stadium dan kita juga ada meletakkan pegawai-pegawai polis yang berpakaian preman duduk bersama-sama penyokong.

"Kita pantau segala gerak tingkah laku penyokong supaya tidak melakukan sebarang provokasi melampau,"katanya dalam satu sidang media.

Tambahnya lagi, pemeriksaan tubuh badan di setiap pintu masuk turut dipertingkat bagi mengelak penonton membawa barangan terlarang seperti dron, mercun, objek tajam, topi keledar dan sebagainya.

Selain itu, beliau meminta khususnya kepada penyokong Selangor untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.


(Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin)

Media Baharu