fb fb fb fb fb

Pogacar rangkul gelaran keempat Tour de France

Tadej Pogacar mengukir sejarah apabila menjuarai Tour de France buat kali keempat - Foto AFP

PARIS, 28 Julai - Tadej Pogacar mengukir sejarah apabila menjuarai Tour de France buat kali keempat, meletakkannya sebaris dengan jaguh Britain, Chris Froome, dalam senarai pelumba paling berjaya sepanjang zaman.

Pelumba Slovenia berusia 26 tahun itu, yang sudah menjulang gelaran pada 2020, 2021 dan 2024, menunjukkan kehebatan luar biasa sepanjang 21 hari perlumbaan.

2807 SKN LE TOUR DE FRANCE 2Pogacar, 26, sudah menjulang gelaran pada 2020, 2021 dan 2024 - Foto AFP

Pogacar juga hampir mengakhiri kejohanan kali ini dengan kemenangan di pentas terakhir di Champs-Élysées, di sini, namun ditewaskan selepas pertarungan hebat dengan pelumba Belgium, Wout van Aert.

Pogacar melancarkan serangan agresif ketika mendaki Butte Montmartre, tetapi Van Aert membalas dengan kayuhan solo yang memberikannya kemenangan peringkat terakhir.

Masa perlumbaan juga ditangguhkan ketika perlumbaan berbaki 50 kilometer sebelum tamat akibat hujan lebat dan keadaan jalan berbahaya.

Pogacar cuba mengejar namun Van Aert muncul sebagai pelumba terbaik selepas menewaskan Davide Ballerini dan Matej Mohoric, sementara Pogacar menamatkan di tempat keempat.

2807 SKN LE TOUR DE FRANCE 3Pogacar kini dalam senarai pelumba paling berjaya sepanjang zaman - Foto AFP

Kejayaan kali ini meletakkan Pogacar setanding dengan Froome (juara 2013, 2015, 2016 dan 2017), dan kini hanya satu gelaran di belakang lagenda berbasikal seperti Eddy Merckx, Bernard Hinault, Jacques Anquetil dan Miguel Indurain, yang masing-masing mempunyai lima gelaran. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK