fb fb fb fb fb

Pingpong Berpasukan Dunia : Skuad wanita negara gagal ke suku akhir

Foto FB ttammalaysia

BUSAN, 21 Februari - Skuad ping pong wanita negara gagal menempah tiket ke suku akhir selepas tewas 1-3 kepada Croatia.

Pada aksi pusingan 32 terbaik di Busan itu, mata tunggal kem negara diraih Ho Ying pada perlawanan ketiga.

Malaysia sebelum itu menewaskan Cuba, Korea Selatan, Puerto Rico dan Itali dalam saingan peringkat kumpulan.

Kejohanan itu menawarkan slot ke Sukan Olimpik 2024 sekiranya berjaya melangkah ke suku akhir.

Dalam pada itu, pasukan lelaki negara terkandas di peringkat Kumpulan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD