fb fb fb fb fb

Piala Asia :Jaringan Faisal Halim tersenarai rebut gol terbaik kejohanan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 21 Februari - Nama penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim kembali menjadi tumpuan peminat bola sepak Asia.

Ini selepas namanya tersenarai untuk pemilihan Gol Terbaik Piala Asia 2023 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Jaringan menarik pemain Selangor FC itu dihasilkan ketika menentang Korea Selatan dalam aksi peringkat kumpulan 25 Januari lalu.

Gol tersebut membantu Harimau Malaya mengikat pasukan gergasi Asia itu 3-3.

Faisal perlu bersaing dengan tujuh pencabar lain termasuk kapten Korea Selatan, Son Heung-min, Keito Nakamura (Jepun) dan Mousa Al Tamari (Jordan).

Peminat boleh membuat undian di laman web rasmi AFC yang akan berakhir, Ahad ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD