fb fb fb fb fb

Piala Thomas: June Wei dalam radar barisan kejurulatihan

Pemain perseorangan negara, Cheam June Wei /Foto FB BAM

KUALA LUMPUR, 6 April - Pemain perseorangan, Cheam June Wei mungkin dalam pertimbangan barisan kejurulatihan negara untuk menyertai skuad kebangsaan bagi mengharungi saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China.

Jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Tey Seu Bock berkata pemain ranking ke-61 dunia itu sememangnya berada dalam radar pihaknya untuk dipilih ke kejohanan badminton berpasukan berprestij dunia berkenaan.

Pemain berusia 27 tahun itu juga telah mula menyertai latihan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, bermula SEMALAM.

Dia akan dinilai barisan kejurulatihan sebelum tarikh akhir penghantaran nama pemain ke Piala Thomas 2024 ditutup 13 April ini.

Malaysia, yang turun selaku pilihan kelima Piala Thomas 2024 diletakkan dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah dan juara 2016 Denmark; selain Hong Kong dan pasukan dari benua Afrika, Algeria.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD