fb fb fb fb fb

KP MSN : Abdul Rashid ganti Shapawi dengan kontrak 1 tahun

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 April - Ketua Pengarah baharu Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub diberi kontrak 1 tahun, berkuat kuasa sehingga April tahun depan.

Ia bertujuan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Ahmad Shapawi Ismail sebelum ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pelantikan Abdul Rashid diharap mampu mempertingkatkan lagi prestasi sukan di Malaysia dan memberi cabaran di peringkat antarabangsa.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Abdul Rashid telah mendapat kontrak sebagai Ketua Pengarah untuk tempoh 1 tahun dan berharap beliau akan terus bersama kita untuk membangunkan MSN dan melakukan pembaharuan untuk kebaikan atlet dan juga jurulatih semua", kata Hannah yang ditemui media selepas Majlis Berbuka Puasa di sini.

Turut hadir, Timbalannya, Adam Adli Abd Halim.

Dalam pada itu, Hannah turut mengingatkan kepada semua atlet untuk menjaga kesihatan sebaik mungkin menjelang Aidilfitri ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD