fb fb fb fb fb

Liga M5 jadi platform kepada pemain kembangkan karier

Presiden AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 April - Pihak Liga Bolasepak Amatur (AFL) menggesa persatuan Bolasepak Negeri bertindak secara proaktif menubuhkan Liga M5 di bawah kelolaan mereka.

Presiden AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi memaklumkan Liga M5 lebih bersifat komuniti seharusnya menjadi platform asas kepada pemain untuk mengembangkan karier mereka.

Tambah Datuk Wira Mohd Yusoff lagi, persatuan negari boleh menjana pendapatan menerusi penganjuran liga berkenaan.

"Sebenarnya Liga M5 ini tiada had boleh dianjurkan Persatuan bolasepak negeri dan penganjur swasta sebab nama pun Liga Komuniti jadi lagi banyak liga ini lagi baik untuk industri bolasepak akan dapat banyak tempat untuk pemain ruang dan peluang untuk bermain lebih baik kepada industri bolasepak", kata Yusoff selepas ditemui pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persafahaman (MOU) di antara Super Football League dan Persatuan Bolasepak Melayu Melaka di sini.

SFL bakal menganjurkan Liga M5 2024 di Negeri Sembilan dan Melaka untuk memberi peluang pasukan-pasukan amatur mempelajari dan memahami cara menguruskan pasukan secara profesional.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD