fb fb fb fb fb

Muhammad Haikal-Hon Jian idam kelompok 20 terbaik dunia

Beregu lelaki, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian / Foto FB BAM

KUALA LUMPUR, 6 April-Beregu lelaki meningkat naik Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian menetapkan sasaran untuk berada dalam kelompok 20 terbaik hujung tahun ini.

Haikal Nazri berkata pencapaian menghuni 30 terbaik dunia bulan lalu melonjak semangatnya untuk memburu lebih banyak gelaran.

Ini termasuk pada kejohanan bertaraf Super 750 dan Super 1000.

Sekali gus merealisasikan impian mengejar kedudukan tertinggi dalam karier mereka pada penghujung musim ini.

Mengejar kedudukan tertinggi dalam ranking dunia selain menjadi antara pasangan utama negara sememangnya menjadi misi utama dia dan Hon Jian sejak digandingkan Ogos lepas.

Pasangan itu mengumpul tiga gelaran Jelajah Dunia melibatkan Cabaran Antarabangsa Syed Modi India 2023, Masters Guwahati dan Masters Orleans 2024.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD