fb fb fb fb fb

Ranking FIFA :Malaysia jatuh ke tangga 138

Foto FB FAM

KUALA LUMPUR, 6 April - Ranking skuad Harimau Malaya turun enam tangga kepada kedudukan ke-138 dalam ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan pada Khamis selepas dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman tempoh hari.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu mengumpul 1,095 mata selain terpaksa berpuas hati untuk berada pada kedudukan keempat berbanding kedudukan ketiga dalam ASEAN.

Sementara itu, skuad Indonesia berjaya memintas Malaysia selepas lima tahun apabila memungut 1,102.7 mata untuk berada pada kedudukan ke-134 dunia.

Manakala skuad 'Gajah Perang' Thailand menjadi satu-satunya pasukan ASEAN yang menduduki tangga tertinggi iaitu ke-101.

Juara dunia, Argentina dan Perancis bagaimanapun masih kekal menghuni tangga teratas ranking berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD