fb fb fb fb fb

Piala Thomas : India cipta sejarah julang kejuaraan sulung

BANGKOK, 15 Mei - India mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama selepas menewaskan juara bertahan, Indonesia 3-0 dalam aksi final.

Pada aksi di Impact Arena itu, India bermula garang apabila juara Seluruh England, Lakshya Sen menyumbang mata pertama menerusi kemenangan ke atas Anthony Sinisuka Ginting 8-21, 21-17, 21-16.

Beregu lelaki India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty meletakkan pasukan itu kekal mendahui apabila menewaskan gandingan pecahan Indonesia, Mohamad Ahsan-Kevin Sanjaya Sukamuljo 18-21, 23-21, 21-19.

Pemain perseorangan kedua India, K Srikanth memastikan kemenangan buat pasukan itu apabila menyumbang mata ketiga selepas menewaskan Jonatan Christie 21-15, 23-21.

Tempat ketiga dikongsi bersama antara Jepun dengan Denmark yang tewas di peringkat separuh akhir.

 

Media Baharu