fb fb fb fb fb

Piala Sultan Selangor: Pilihan Selangor rekod kejuaraan hatrik

Aksi para pemain pasukan Pilihan Selangor ketika menentang Pilihan Singapura/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 OGOS - Pasukan Pilihan Selangor mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Selangor buat kali ketiga berturut-turut sejak 2018.

Saingan yang berlangsung di Stadium Merdeka itu menyaksikan pasukan Selangor menumpaskan Pilihan Singapura 2-1.

Pasukan bimbingan Nidzam Jamil itu berjaya menampilkan corak permainan yang baik.

Pada separuh masa pertama menyaksikan Faisal Halim diletakkan dalam kesebelasan utama Selangor dan memakai lilitan kapten buat kali pertama untuk musim ini.

Pada separuh masa kedua pemain Selangor, Ronnie Fernandez berjaya meledakan gol pertama pada minit ke-82.

Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain Singapura, Faris Ramli menyamakan kedudukan, lima minit kemudian.

Bagaimanapun pemain Selangor, Alvin Fortes mengesahkan kemenangan dengan menjaringkan gol pada waktu kecederaan.

Ia menjadi kejuaraan ke-10 skuad Pilihan Selangor dalam Piala Sultan Selangor selepas menjulang trofi itu sembilan kali sebelum ini iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD