fb fb fb fb fb

Piala Negara Afrika: Maghribi tersingkir

Foto Reuters

SAN PEDRO, 31 Januari - Afrika Selatan muncul pasukan pertama ke suku akhir kejohanan selepas menyingkirkan pasukan pilihan, Maghribi 2-0 pada pusingan 16 terbaik pada Selasa.

Selaku pasukan pilihan Maghribi dihantui nasib buruk selepas pemain tengahnya, Sofyan Amrabat diperintah keluar padang pada minit-minit akhir permainan, sekali gus meneruskan kemarau kejuaraan buat pasukan berkenaan sejak 1976.

Pasukan Afrika Selatan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang, Makgopa yang tenang menyudahkan umpanan pemain tengah, Themba Zwane pada minit ke-57.

Pasukan Maghribi berupaya menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain lawan, Mothobi Mvala dalam kotak penalti.

Kesempatan tersebut gagal digunakan oleh Achraf Hakimi selepas sepakannya terkena palang.

Peluang berkenaan di gunakan Afrika Selatan bagi menggandakan jaringan pada minit akhir permainan menerusi Mokoena yang meledak menerusi sepakan percuma yang menerjah jaring sekali gus menewaskan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou.

Skuad Afrika Selatan bakal bertemu Cape Verde pada suku akhir di Yamoussoukro pada Sabtu. -REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD